PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) TAMAN NILAM
SELAMAT DATANG
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Nilam, terletak di Daerah Pontian. Daerah Pontian mempunyai 11 buah mukim iaitu:-
1. Pontian Besar
2. Pekan Nenas
3. Benut
4. Sanglang
5. Ayer Baloi
6. Pulai Sebatang
7. Api-api
8. Rambah
9. Rimba Terjun
10. Kukup
11. Penerok
NADI Taman Nilam terletak di Mukim Rimba Terjun yang terbahagi kepada 9 Kawasan:-
Kawasan 1 (Kg.Teluk Kerang),
Kawasan 2 (Kg. Parit Sulaiman),
Kawasan 3 (Kg.Parit Rambai),
Kawasan 4 (Kg.Rambah),
Kawasan 5 (Kg.Rimba Terjun),
Kawasan 6 (Kg.Sungai Bunyi),
Kawasan 7 (Kg.Seri Bunian),
Kawasan 8 (Kg.Parit Raja), dan
Kawasan 9 (Kg.Tenggayun)
NADI Taman Nilam terletak di bawah naungan Kawasan 5 (Kg.Rimba Terjun). Mukim Rimba Terjun terletak di selatan Mukim Pontian, di barat Mukim Jeram Batu / Pengkalan Raja, Mukim Sungai Karang, dan di utara Mukim Air Masin. Di barat Mukim Rimba Terjun adalah Selat Melaka. Jarak antara NADI Taman Nilam dengan bandar yang terdekat ialah Bandar Pontian iaitu 2.2 km yang hanya mengambil masa 5minit sahaja. Penduduk di Mukim Rimba Terjun terdiri daripada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Bilangan penduduknya adalah seramai 14,587 orang lelaki dan 13,014 orang perempuan, dan membawa kepada jumlah besar 27,601 orang penduduk (2020).
(Sumber: https://www.dosm.gov.my/uploads/publications/20221013121326.xlsx)
PETA KEDUDUKAN MUKIM RIMBA TERJUN
Rajah 1: Peta Mukim Rimba Terjun
AHLI PARLIMEN
No. | Kawasan DUN | Nama Ahli Parlimen | Mewakili Parti |
---|---|---|---|
P164 | Pontian | Datuk Ahmad Maslan | BN (UMNO) |
P165 | Tanjung Piai | Wee Jeck Seng | BN (MCA) |